Thursday, September 2, 2010

Majlis Sumbangan Hari Raya Anak-Anak Yatim dan Berbuka Puasa SK Rawang

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah mengizinkan pihak sekolah untuk mengadakan satu majlis ringkas untuk memberikan sumbangan Hari Raya kepada Anak-anak yatim dari kalangan murid SK Rawang.

Para tetamu yang hadir pada majlis tersebut

Seperti juga tahun-tahun sebelumnya dan Insyaallah akan menjadi tradisi SK Rawang untuk mengadakan majlis ini setiap tahun. Terima kasih kepada para penderma dari pihak komuniti setempat dan khususnya para guru yang telah menyumbang ke tabung derma anak-anak yatim ini. Jasa tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah jua yang akan membalasnya.



Sumbangan disampaikan oleh Guru Besar ( En Azman )

Pada Majlis tahun ini seramai 31 orang murid mendapat sumbangan ini dan diharap sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban dalam menyambut syawal yang bakal menjelang tiba.


Ucapan dan penghargaan terima kasih kepada saudara Wahyu dan isterinya yang telah menaja juadah berbuka puasa pada petang tersebut , semoga dimurahkan rezki lagi dan dapat menaja lagi pada tahun depan. Amin....

Sedang menunggu waktu berbuka dengan penuh kesabaran....


Majlis berbuka puasa juga disertai oleh semua guru-guru yang hadir membawa keluarga masing-masing. Sambil memriahkan majlis ianya juga dapat mengikat ukhuwwah antara satu sama lain sambil berkenal-kenalan dengan keluarga masing-masing. Bukan apa, takut terjumpa kat tepi jalan tak kenal dan tak bertegur sapa....